Monday 4 September 2017

Penyakit Sindrom Ovari Polisistik - part 1

 Penyakit yang menghalang anda untuk menimang cahaya mata.

Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan zuriat mereka sendiri. Tetapi adakalanya ujian Allah terhadap mereka menyebabkan mereka terpaksa berusaha lebih untuk mendapatkan zuriat. diantara penyakit yang seringkali dihadapi oleh wanita adalah

1. Sindrom ovari polisistik ( Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS  )
2.Penyakit Endometriosis
3.Fibroid

Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS )

Penyakit ini merupakan satu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang matang pada seseorang wanita menjadi bengkak kerana ovum terperangkap dalam ovari dan seseorang wanita tidak boleh berovulasi pada waktu subur. Pengumpulan telur yang matang ini menyebabkan pembentukan sista. Setelah beberapa lama, rantaian sista terbentuk dan menyebabkan ovari menjadi ' polisistik'  . keadaan yang berterusan akan menyebabkan ovari membengkak dan menimbulkan masalah kesuburan dan gangguan haid kepada wanita yang mengalaminya. wanita yang menghadapi penyakit PCOS mempunyai peluang  yang tipis untuk hamil dan jika hamil bayi yang dikandung mempunyai risiko yang tinggi untuk gugur.



Ujar Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, PCOS tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan saja akan mengganggu kesuburan kerana jarang berlakunya ovulasi akibat ketiadaan haid, malah ia akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang serius.

“PCOS boleh menyebabkan kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolesterol. Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

“Dalam keadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolesterol tinggi, darah tinggi, sakit jantung  sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid," tegas Dr. Natasha.


Dianggarkan lima hingga 10 peratus wanita yang berada dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini ada kaitan dengan genetik.


Terangnya, PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya daripada menjadi semakin parah serta rawatan untuk mereka yang  mahu hamil.Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
  
Sumber : Utusan.com.my

No comments:

Post a Comment