Monday, 4 September 2017

Kehamilan part 1

Jika ditanya pada setiap ibu di dunia ini saat yang paling indah dan tak dapat mereka lupakan dalam kehidupan ini,Pasti ramai yang menjawab saat kehamilan anak pertama. Berita gembira yang pastinya di nanti nantikan oleh setiap insan yang berkahwin. Tujuan kita berkahwin juga salah satu daripadanya adalah untuk menambah umat nabi muhammad.

Saya kehamilan juga menjadi saat yang terindah dalam kehidupan saya...sewakru itu usia saya 25 tahun. Biarpun pada awal perkahwinan kami ingin merancang untuk mendapat baby selepas saya mendapat pekerjaan. Tetapi ternyata perancangan Allah yang terbaik. saya disahkan hamil selepas satu bulan berkahwin. Alhamdulillah...maha suci Allah memberikan kami rezeki tang cepat. Biarpun kami belum bersedia, kami tetap bersyukur dan menerimanya dengan rasa bahagia.

Masih jelas di ingatan saya, biarpun ianya telah berlaku 11 tahun yang lepas. Setelah 3bulan berkahwin saya mula rasa penat dan cepat semput. Saya tidak mengalami masalah muntah muntah, cuma saya kehilangan selera untuk makan dan alah sedikit dengan bau. Kebetulan pula saya memang ada masalah period yang tak teratur. Jadi saya tidak perasan yang saya sedang hamil.

Suatu hari saya rasa sangat penat dan hilang selera makan, saya ingatkan masalah tekanan darah, apabila suami pulang dari kerja. Kami ke klinik pena di pekan kuala kangsar. Seorang doktor tua, lelaki berambut panjang seperti sastrawan negara kita A samad said. setelah mendengar masalah saya doktor tersenyum.
"mengandung la tu" katanya tanpa membuat urin test air kencing.
dia memeriksa nadi di pergelangan tangan saya dan mengulangi lagi kata katanya.
" puan mengandung, tiada apa apa nasalah lain."

saya dan suami hanya terdiam, kami melihat antara satu sama lain. Bagaikan tidak percaya yang saya sedang hamil. Tiada kata kata yang kami luahkan, dan saya sendiri tidak percaya saya hamil. lagi tidak percaya kerana doktor hanya melihat nadi di pergelangan tangan saya. keraguan itu saya biarkan tanpa apa apa tindakan.


tip ibu hamil untuk ibu muda.
jika ada tanda tanda dibawah, cuba buat urin test atau jumpa doktor anda untuk mengesahkannya bukan apa takut nanti kita tudak tahu dan tudak berhati hati nanti berlaku keguguran

biasanya akan ada alahan seperti muntah muntah
pening kepala dan rasa lemah di awal pagi
bau busuk pada sesetengah makan
kurang sekera makan
sensitif pada persekitaran
kuat merajuk








No comments:

Post a Comment