Tuesday 23 August 2016

Tanda-tanda Kehamilan.

Kehamilan yang tak dijangka.
=====================

Sembilan tahun yang lalu. Saat yang paling indah dalam hidup Mila. Mila ingin mengulanginya sekali lagi, tetapi Allah belum menunaikannya. Tak mengapalah, Mila akan terus berusaha. Sebenarnya blog ini tercipta kerana Mila banyak membaca buku tentang kehamilan dan Mila ingin berkongsi apa yang Mila tahu dengan semua wanita.

Mila berkahwin, sebaik selepas menamatkan pengajian di universiti. 
Mila berkahwin sebelum konvokesyen, kami telah bertunang setahun yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sewaktu perkahwinan berlansung Mila " priot" . Kata orang selepas priot waktu subur. 

 Seminggu selepas berkahwin, Mila mengikut suami berhijrah ke Kuala Kangsar Perak. Selepas konvokesyen baru nak minta kerja. Nak rehat dulu. Mila lebih masa bersama suami., kerana opercintaan kami sebelum ini PJJ (Percintaan jarak jauh).Mengharungi kehidupan berumahtangga berdua jauh daripada keluarga mengajar kami untuk lebih berdikari.

Selepas 2 bulan, Mila jadi seorang yang sangat sensitif, cepat marah, cepat menangis dan cerewet apabila makan. Sampai mak Milapun  persan apabila kami pulang ke kampung.Mila masih ingat lagi teguran mak.
" Nape pelahap sangat ni? ''
 Tak sedar yang makan seperti tak pernah makan. waktu tu mila makan laksam.
" mengandung ke? ''
" mana ada'' 
Mila benar benar tak tau dan tak sedar yang waktu itu mila telah mengandung 2 bulan.


Masuk 3 bulan perkahwinan, setiap pagi kepala mila pening sangat. Letih dan tak larat dalam pukul 12 tengahari Mila ok. Malam tak boleh tidur. Bila naik kereta, Mila bau busuk dan rimas. Mila baru tersedar yang semenjak kawin priod tak datang .Mila memangmempunyai masalah priod tak stabil, tak teratur, dan kadang kadang tak datanag sampai 2 bulan,
Keadaan itu menyebabkan Mila susah untuk mengesan kehadiran orang baru.

Pada malam itu, suami membawa mila ke klinik. Mila masih ingat , Doktor itu seorang lelaki tua, berambut putih panjang di ikat kemas  ke belakang, penampilan seperti sasterawan.
Mila terlupa namanya..  Dia memegang pergelangan tangan Mila,test nadi kot. Dia hanya tersenyum.
"Mengandung" itu perkataan yang terkeluar dari mulutnya yang menyebabkan kami berdua terdiam, tanpa kata dan tanpa reaksi. Antara percaya dan tidak. Bersediakah kami waktu itu?
tanpa sebarang ubat kami pulang kerumah dan diam membisu.

Ikhlas Mila katakan, Mila tak percaya Mila mengandung. Begitu juga dengan suami. Esoknya kami ke farmasi untuk  beli test pregnant. Tapi Mila tidak pernah menggunakannya. Seperti tiada keberani untuk menerima kehamilan di awal  perkahwinan. Kami tidak memberitahu sesiapa dan kami juga tidak pernah membincangkannya.

Selepas 2 minggu, kami pulang ke Shah Alam. Sekali lagi, Mila meminta suami membelikan "'test pregnant'' atau ujian kehamilan. Sebenarnya mila dapat  merasakan ada perubahan pada diri Mila. Penat, mengantuk dan malas.. Dengan debaran didada Mila menguji air kencing. pejam mata. buka ada 2 line merah. Mila baca  di plastiknya positif. Mila panggil encik suami yang berada dibawah untuk melihat keputusan ujian, dan kami bersetuju memberitahu berita gembira itu pada semua.

Sewaktu itu kandungan telah menghampiri 4bulan. Fasa alahan dan mengidam  bermula ok sambung next entry ye.

Nota:
1. Ambil tahu tentang Priot
2.Prihatin pada perubahan sikap dan fizikal diri sendiri

Tanda-tanda Pregnant.:
1. Penat terutama waktu bagi
2. Muntah-muntah
3. Bau busuk kepada banyak perkara
4.Emosi sensitif. sedih,marah
5. cepat lapar.




No comments:

Post a Comment