Pendaftaran buku merah
=================
Berita gembira itu disamapaikan kepada kedua dua buah keluarga. Mereka sangat gembira. Perasaan kami? masih menjadi tanda tanya. Apapun kami terima rezeki yang Allah berikan kepada kami dengan rasa syukur. Bersyukur kerana telah terpilih untuk menjadi Ayah dan ibu dalam usia yang masih mentah dan kedudukan ekonomi yang belum stabil. Yakin setiap anak ada rezekinya.
Ibu mertua berpesan agar mila mendaftarkan diri di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah Mila di Kuala Kangsar. waktu itu mila belum tahu usia kehamilan, jika mengikut tarik akhir priot, dah hampir 4 bulan. mesti kena marah dengan nurse kerana lambat mendaftar, sepatutnya 12 minggu kehamilan.
Selepas mendaftar, jururawat memberikan mila 2 buah buku merah ( sebenarnya buku tu bewarna merah jambu) untuk diisi maklumat biodata diri.selepas itu jururawat akan bertanya. biasanya soalan yang sama. dimana mana klinikpun.
'' bila tarikh bermulanya haid yang lepas''..
ha kena ingat tau. sebab penting*** maklumat tu diperlukan untuk menentukan jangkaan tarikh kita bersalin nanti.
''ada keluarga yang mempunyai sakit kronik tak ''
seperti jantung, kenser.. la kot..sejarah keluarga atau keturunan juga penting untuk pemantauan kesihatan kita juga. Baguskan mereka sangat prihatin.
" ada adik beradik yang lahir cacat atau kelahiran pramatang tak ?''
pertanyaan ini juga bertujuan untuk pemantauan kesihatan ibu dan bayi. Ini kerana sejarah mungkin akan berulang.betul tak?
selepas selesai pendaftaran. sebelum balik anda akan dibekalkan dengan asid folik untuk membantu pembentukan janin yang lebih sihat dan ubat tambah darah. ops terlupa, ibu ibu akan berjumpa dengan doktor gigi, gigi yang bermasalah akan dibuang atau dirawat.
nota; anak adalah pemberian Allah yang sangat beharga dan mengandung adalah pengalaman yang sangat indah. Kesempurnaan bagi seorang wanita yang bergelar isteri.
# jangan lupa bawa sijil nikah dan jadual haid.
#Bawa buku bacaan. sebab biasanya masa menunggu agak lama
No comments:
Post a Comment