Monday, 22 August 2016

Tip untuk Hamil

Ubah gaya hidup anda.
==================

1. Dapatkan maklumat tentang kehamilan.
2.Jaga kesihatan
3.Bertenang
4.Hindari tabuat buruk
5.Jumpa doktor.
6 sesenam secara rutin.

Dapatkan maklumat tentang kehamilan.
Fahami bagaimana proses kehamilan berlaku. jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda melakukan hubungan intim, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan.
Persenyawaan akan terjadi dan telur yang tersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakunya kehamilan. Dengan memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi,  anda akan lebih peka keopada  faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa ada sesetengah wanita gagal hamil.

Jaga kesihatan.
Seseorang yang ingin hamil harus menjaga kesihatan dengan baik dan bersedia untuk menerima pertambahan atau tumpangan orang baru. Pastikan  tubuh anda mendapat nutrisi yang mencukupi. Wanita yang sihat akan mudah hamil berbanding wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan atau berkurangan.

Bertenang.
Anda hendaklah sentiasa berfikiran positif. Berbaik sangka dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Kehidupan ini tidak pernah sunyi daripada permasalahan. Bersabarlah dengan sikap mereka yang tidak pernah memahami. jangan stress atau mudah tertekan kerana ianya akan memganggu proses kehamilan. terlalu tertekan akan menyebabkan ketidaksuburan.
Bagi masa untuk anda dan pasangan sentiasa gembira dan happy. bercuti bersama? atau sentiasa melakukan aktiviti bersama biarpun hanya memasak di dapur. cubalah.

Hindari tabiat buruk.
Jauhi daripada merokok kerana ianya boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. segala bahan kimia yang terdapat di dalam rokok terbukti tidak memberi sedikit pun mafaat kepada kesihatan.

Jumpa doktor
Berjumpa dengan doktor untuk mastikan anda sentiasa sihat dan bersedia untuk hamil dan pastikan anda bebas dari sebarang masalah sista.  endometrosis atau  fibroid yang mereupakan sejenis penyakit yang kerap dikaitkan dengan masalah kesukaran untuk hamil.
sekiranya haid anda teratur dan anda juga telah mencuba untuk hamil selama satu tahun untuk hamil,  anda mungkin boleh mengambil kira,  ujian analisis sperma, dan HSG untuk memastikan saluran fallopio anda tidak tersumbat.

Bersenam secara rutim.
Bersenam adalah cara anda menjada kesihatan seharian secara keseluruhan semoga  anda lebih bersedia menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

Maajun anggun Bistari

01123118546 Pn As.










No comments:

Post a Comment